KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan empat lelaki warganegara Myanmar daripada pertuduhan membunuh rakan senegara mereka, empat tahun lepas.
Hakim K.Muniandy membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Pau Deih Lian, Kai Lian Mong, Kai Za Muang dan Tuang Siang Muang di akhir kes pendakwaan, tanpa perlu memanggil mereka membela diri atas pertuduhan itu.
Dalam penghakimannya, Muniandy berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan seorang anggota keselamatan yang dikenali sebagai Rajan adalah individu yang menghayun cota ke arah sekumpulan warga Myanmar ketika pergelutan semasa kejadian.
"Persoalannya adakah Rajan merupakan individu yang memukul mangsa hingga mati? Persoalan itu tidak terjawab sehingga akhir kes pendakwaan memandangkan Rajan tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
"Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan lain, individu yang boleh memberikan penjelasan mengenai kejadian ini adalah Rajan kerana dia adalah individu terakhir berbual dengan mangsa, dan satu-satunya inidvidu yang mempunyai senjata yang boleh menyebabkan kecederaan senjata tumpul kepada si mati adalah Rajan, dan orang bukan lain.
"Malah keterangan pakar patologi di mahkamah turut mengesahkan kematian mangsa adalah disebabkan objek tumpul yang dialami, namun tiada bukti daripada pihak pendakwaan menunjukkan bahawa kesemua tertuduh bersenjata. Oleh itu, keempat-empat tertuduh dibebaskan dan dilepaskan tanpa perintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh yang dihadapi mereka," kata hakim itu.
Mengikut pertuduhan, mereka berumur antara 30 tahun hingga 40 tahun itu didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki pekerja kedai kopi yang dikenali dengan nama panggilan 'kawan' di Jalan Pudu Lama, Dang Wangi di sini pada 10 pagi, 18 Nov 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Nadia Zubir manakala keempat-empat tertuduh masing-masing diwakili peguam Datuk C. Vignesh Kumar, P.G. Cyril, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu dan M. Visvanathan.
Sebelas saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 28 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Sebelas saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 28 Feb lepas. - Gambar hiasan
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30
Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam rakannya kerana hutang RM30 di Sungai Waypada Rabu.
Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh dua rakan sekerja ketika tidur kekal
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati seorang bekas pengawal keselamatan yang membunuh dua rakan sekerjanya ketika mereka sedang tidur dengan sebilah parang tujuh tahun lepas.
Bunuh rakan: Nelayan dipenjara 32 tahun, 12 sebatan
Keputusan dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas tertuduh, Nai San Thein, 38, warga Myanmar mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes langgar, tikam warga emas
Sepasang suami isteri direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh seorang warga emas di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, semalam.
Remaja 17 tahun didakwa bunuh rakan
Remaja itu didakwa membunuh P. Hariaran, 21, di tepi jalan pasir Kampung Sungai Payung Baroh, 20 Ogos lalu.
Empat lelaki warga Myanmar lepas, bebas tuduhan bunuh rakan senegara
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan empat lelaki warganegara Myanmar daripada pertuduhan membunuh rakan senegara mereka, empat tahun lepas.
Polis buru Tam bantu siasatan kes bunuh rakan serumah
Polis sedang memburu seorang lelaki Vietnam bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara dalam kejadian pergaduhan di kawasan tempat letak kereta di Taman Sri Kurau Ipoh.
Kepala dalam beg: Lelaki Nepal didakwa bunuh rakan senegara
Seorang lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang mayatnya ditemukan tidak cukup sifat, Januari lepas.
Bunuh rakan satu sel, banduan dihadapkan ke mahkamah
Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan yang berkongsi sel dengannya di Kompleks Penjara Sungai Udang, bulan lalu.